Monday, October 4, 2010

PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

Pendudukan Jepun merupakan satu daripada peristiwa penting kepada sejarah perkembangan negara kita. Pemerintahnnya yang bercorak ketenteraan ini berlangsung selama tiga tahun setengah, iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945.




Kedatangan Jepun

  • Kebangkitan Jepun bermula dengan pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1868. 

  • Beliau telah melancarkan pemulihan yang menekankan permodenan dan juga perindustrian.

  • Negara Barat dijadikan model untuk memajukan Jepun.

  • Sasaran pertama Jepun dalam perluasan kuasa ini ialah negara China yang mempunyai banyak bahan mentah yang sangat dikehendaki di pasaran.









  • Slogan yang digunakan untuk mempengaruhi penduduk tempatan  :

  • (a)  Asia Untuk Orang Asia

  • (b) Semangat Asia

  • Jepun juga memperkenalkan rancangan "Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya", iaitu untuk mewujudkan zon ekonomi yang makmur yang diketuai oleh Jepun.

  • Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941 dan berakhir di Singapura pada 15 Februari 1942.



  •                                                                




  • Apabila Singapura ditawan pada 15 Februari 1942, keseluruhan Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun.

  • Di Sarawak, tentera Jepun mendarat di Miri, manakala di Sabah pasukan tentera Jepun mara melalui Labuan.

  • Pada umumnya, tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah.





  • Pada 15 Februari 1942, Leftenan Jeneral A.E. Percival telah menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura.








Dasar Pemerintahan




Pentadbiran
 
  • Pemerintahan Jepun bercorak tentera.
  • Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Malayu Baru). Manakala, Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya Selatan).
  • Pentadbiran di Tanah Melayu dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah, manakala Sabah, Sarawak, dan Brunei digabungkan dalam satu unit pentadbiran dikenali sebagai Borneo Utara.
  • Borneo Utara diketuai oleh Gabenor Jeneral.






Politik



  • Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri.

  • Sultan telah kehilangan kuasa untuk memerintah. Baginda hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat Melayu.

  • Sultan masih diberikan elaun yang sama seperti yang diberikan oleh British.

Ekonomi



  •  Jepun mengamalkan ekonomi kawalan, iaitu ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian.

  • Usaha pengeluaran makanan harian digiatkan.

  • Catuan makanan mula diperkenalkan.

  • Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai peperangan.

  • Mata wang Jepun digunakan.






Sosial



  • Sekolah Cina dan Inggeris ditutup.

  • Bahasa Jepun (Nippon Go) menjadi bahasa pengantar di sekolah.

  • Orang Melayu dan India dilayan dengan baik untuk mendapatkan sokongan. Manakala, orang Cina dilayan dengan buruk kerana menyokong Perang China-Jepun di China.



Penjepunan



  • Menghapuskan pengaruh Cina dan Inggeris dengan menutup sekolah Cina dan Inggeris.

  • Menumpukan kesetiaan penduduk Tanah Melayu kepada Maharaja Jepun dengan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, iaitu Kimigayo setiap pagi di sekolah.

  • Memperkenalkan budaya Jepun seperti bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan cuti sempena hari perayaan Negara Jepun.



Reaksi Penduduk



  • Peringkat awal kedatangan Jepun.




  • Berikutan daripada dasar kejam yang dijalankan oleh pihak Jepun, muncullah gerakan anti-Jepun seperti:



  •  6 Ogos 1945 - Tentera Bersekutu telah menggugurkan bom atom di Hiroshima.

  • 9 Ogos 1945 - Bom digugurkan di Nagasaki.

  • 15 Ogos 1945 - Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat di Tanah Melayu.

  • 10 September 1945 - Jepun di Wilayah Borneo telah menyerah kalah.


Kesan Pemerintahan Tentera Jepun


Politik


  • Memberikan keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

  • Menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.

  • Orang tempatan diberikan peluang melibatkan diri dalam pentadbiran.

  • Antaranya, Abang Haji Openg menjadi pegawai daerah di Kuching, Kapten Mohd. Salleh Hj. Sulaiman (Hulu Perak), dan Ibrahim Haji Yaakub mengetuai PETA.






Ekonomi


  • Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot.

  • Pengangguran pula semakin meningkat.

  • Berlakunya inflasi disebabkan oleh aktiviti menyorokkan barang.

  • Catuan makanan diperkenalkan.

  • Banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan dihasilkan.

  • Muncul industri baru berasaskan sumber tempatan, tetapi diusahakan oleh syarikat Jepun.



Sosial




  • Penduduk sentiasa berada dalam ketakutan dan kesengsaraan.

  • Sebahagian rakyat dijadikan buruh paksa untuk membina "Jalan Kereta Api Maut".

  • Kemudahan kesihatan terjejas teruk akibat peperangan.

  • Wabak penyakit berjangkit semakin merebak.

  • Kebuluran berlaku di mana-mana sahaja.

  • Penduduk menjadi magsa kekejaman Jepun.

  • Kempeitai sentiasa mengintip sesiapa yang dianggap bersalah.

  • Perasaan curiga di kalangan masyarakat yang dianggap tali barut Jepun.




RUJUKAN:

  • Mohd. Isa Othman,1992. Pendudukan Di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan negeri Kedah), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Ibrahim Ismail, 1992, Menuju Kelahiran Malaysia. Kuala Lumpur : Edusystem Sdn.Bhd.
  • Los Ti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia, 1400-1963. Afusan Publication And Distributers